Thursday, September 20, 2012

Lontong goreng

salam tengahari semuanya.... aik! manyak tepelanjat bila bukak manage blog dah ada new setting pulak dah.... eeee x suka la, masih nak jugak yang lama tu... camner nak balik kepada setting yg lama tu, dah x ingat dah! dah g tengok kat option tp x tau mana nak tick! ishhhh!!! pada adik2 diluar sana tolong lah g tau camner nak buat ni...

nak citer lontong goreng yg kak rose buat ni.... pada sapa2 yg ada lebih2 nasik impit bolehlah buat cenggini dan kak rose amik cnp resepinya dari sini... cuma kak rose tukokan daging n udang tu dengan sate ayam... mekasihya n mintak izin kak rose nak tepekan resepi tu kat sini pulak


Bahan2
Semangkuk lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah dipotong dadu (kasar)
1 senduk cili kisar(pedas ikut suka)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1inch halia dikisar
200 g daging/ayam cincang
200 g udang hidup - kupas kulit (kali ni as guna ayam goreng yg disiat2)
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
daun sop,daun bawang - hiris
1/2 cawan bawang goreng
2-4 biji telur
minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging cincang dan gaul rata, masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap, masukkan garam secukup rasa dan gaul lagi.
Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
Ketika menghidang,tabur ayam goreng yg disiat2 td, daun sup,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.





13 comments:

  1. Okey juga idea kak rose ni.. boleh cuba utk nasi impit yang tak habis dalam peti ais ni :D

    p/s Tapi saya tak dapat nak tolong kak rose untuk setting ke design lama tu :(

    ReplyDelete
  2. saya x pandai kak..nak setting tu.
    kak...sedapppnya..kalau ada lebih nasi impit boleh le buat ni kan

    ReplyDelete
  3. salam kak Rose,sebenarnya dr jam 12tgh tadi dok menggodek blog ni, hairan nape tetiba berubah setting.dlm hati; dah tertkan apa2 setting tak disedari ke..sampailah keluarnya post akak ni tadi terbaca akak punya "new setting" tu..oho..ingatkan sy dah salah tekan ke apa..maknanya semua blogger mengalamai masalah gaknya..puas sy cari setting yg lama, tapi tak ada ...mmg tak brapa suka setting yg baru ni..susah!! camne lah ni kan...

    ReplyDelete
  4. lupa pulak..nasi impit goreng akak tu..sodap errr..

    ReplyDelete
  5. Nur hayati, kak rose pun x pernah buat tp ari tu g raya rumah kawan dia hidang ni, sedap lak... so try buat sendiri!

    ReplyDelete
  6. kasih, ari tu dah sekali tukar ke setting lama, tp dah x ingat camner la pulak!

    ni la jawa mudah lupa! he he he

    ReplyDelete
  7. Rohah, tu la x de warning ke hapa tetiba tuka ke new setting yg sangat2 kak rose x suker!

    kalau ada nasik impit x abes bolehlah mencuba nnti!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..
    selamat petang kak rose...
    sedapnya lontong goreng... nyum nyum..
    akak... kalau bab setting2 tu tak dapat bantu.. sbb nani ni pun masih terkebil2 ngan setting baru ni.. entah ler camne dah kuar yg baru ni.. tak de plak nani tekan klik2 bukan2.. yg pasti hari tu 4 bulan tak berapdet.. skali login terus setting baru automatically.. nak tukar rumah baru pun tak jumpa2 cari design.. camne tu? hehehehe

    ReplyDelete
  9. my MIL selalu buat ni time raya... nostalgia betul bila beraya kat singapore...

    ReplyDelete
  10. Nani, mmg terkulat2 jugak bila kuor setting baru ni... tp cuba jugakla godek2... asalkan dapat mengupdate sudah le!

    ReplyDelete
  11. NP, sekarang dah taula camner nak abeskan nasi impit yg berbaki tu... x baik membazir kan!

    ReplyDelete
  12. wah resepi baru ke nie?? tak pernah dgr lontong goreng...selalunye makan lontong dgn rendang jer..leh try nanti!! =)

    ReplyDelete