Saturday, April 6, 2013

Kacang kuda goreng cili kering

 Bahan2:-
1 packet kacang kuda(chick pea) - Direndam semalaman dan
direbus dengan sedikit garam hingga empuk dan toskan.

Bahan tumis:-

  1. 1 biji bawang besar dihiris nipis
  2. 5-6 cili kering digunting serong panjang
  3. 2-3 lembar daun kari
  4. 1-2 sudu kecil biji sawi
  5. garam  perasa secukup rasa
  6. sedikit minyak untuk menumis

 


Cara2:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris hingga layu.Masukkan cili kering, daun kari & biji sawi, gaul rata.  Masukkan pula kacang kuda yang telah ditoskan, gaul rata dan perasakan dengan garam & serbuk perasa..Gaul hingga sekata.Siap untuk dimakan.

2 comments:

  1. Aslmkm KakRose cayang. Lama nya Along tak skodeng. Sedap nya....

    ReplyDelete
  2. Assalam kak ros, nampak sedap,... thank u sudi mencuba..

    ReplyDelete